Assalamualaikum,
Alhamdulillah dengan izin Allah blog Dusun-Ayah ini akhirnya dapat disiapkan. Terima kasih anakanda Siti Nur'Amira yang telah bersusah payah membantu membina blog ini.
Tujuan utama blog ini dibina adalah bagi berkongsi saat suka duka, kepayahan, kesukaran serta kegembiraan dalam usaha merealisasikan sebuah impian memiliki sebuah dusun kecil di kampung. Insyaallah, dalam post berikutnya kita akan terus berkongsi langkah serta usaha ke arah melaksanakan impian Dusun-Ayah.
Sekiranya ada pendapat, cadangan serta komen yang ingin diutarakan bagi menambahbaik perkongsian ini, Dusun-Ayah amat mengalu-alukan nya. Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa bersama Dusun-Ayah dan diharapkan terus bersama Dusun-Ayah sehingga berbuah!
No comments:
Post a Comment