Hari raya datang lagi, tak kan raya nak pi kebun jugak..tengah mood raya ni kita cerita pasal yang ada kena mengena dengan raya la pulak ek. ..meh kita cerita pasal lemang nak? Baru raya...
Tahu kan apa lemang? Hehe...pulut yang dimasak dalam buluh..tu le lemang! Mesti pulut tau! Kalau ayam yang dimasak dalam buluh. ..tu bukan lemang tapi orang panggil...Pansuh! Manuk Pansuh. ...
Pernah tak korang beli lemang..bawak balik umah, anak bini dah keliling mengadap sambil telan air liur...tiba2 bila belah. ..tu dia...ada yg tengah-tengahnya tak masak, ada yang tepinya keras mengerak..pernah tak gitu? Atau korang memang tak pernah beli lemang pon...?
Ok..tak pa, kali ni aku nak kongsi cerita cara buat lemang yang mudah tapi insyaallah sempurna sebagai lemang..tidak keras, tidak lembik, tidak berkerak, tidak 'mawur' ( pulut tidak masak semua). Nanti nak buat open house korang boleh buat sendiri. Jimat sikit.
Aku tak raya kat kampung tahun ni, tapi aku tetap balik jugak kampung sehari sebelum raya untuk tunaikan hajat mak aku yang nak aku buatkan lemang dan ketupat. Memang tiap tahun tugas aku tukang masak lemang dan ketupat...pas siap semua aku terpaksa kalang kelibut balik kolumpo. Dapat le aku snap dua tiga keping gambo untuk mudahkan korang faham cemana nak buat lemang cara mudah ni.
Rumah mak aku kat kampung |
Pertamanya korang kena tahu bahan-bahan yang korang kena sediakan, kalau korang duduk kampung semua bahan tu ada kat keliling korang. Kalau kat kolumpo, jangan risau, kat pasar chow kit semua bahan bahan tu ada jual.
Bahan-bahan untuk membuat lemang anggaran 20 batang.. (kalau takat dua batang.. korang beli yg dah siap masak jer la..buang karen!)
1. Pulut 7 kilo
2. Buluh lemang 20 batang
3. Santan kelapa 15 biji
4. Daun pisang
5. Garam kasar satu senduk
Bila korang dah dapat buluh tu, korang potong la ikut kesesuaian. Sebaiknya biar la sama panjang, nampak la kemas dan pro sikit. Sementara tu beras pulut tu korang basuh dan rendam siap-siap. Kalau jenis pulut susu, tak payah rendam pun tak apa. Tu sebab aku suka guna pulut susu, cuma mahal sikit la dari pulut biasa.
Proses potong buluh lemang |
Basuh buluh lemang |
Dah siap potong buluh tu, pi la basuh dan berus sikit dengan sabut biar semua miang miang buluh tu hilang. Dah sudah tu korang pi la cari daun pisang pulak. Sebenarnya semua jenis daun pisang boleh tapi aku suka daun pucuk yang baru nak terbuka dari gulung dia tu. Ada sebabnya, nanti aku cerita ye!
Persiapan operasi daun pisang |
Daun pisang yang sesuai untuk lemang |
Dah dapat daun pisang tu, korang potong dan masukkan daun dalam buluh lemang tadi, kalau tak biasa, proses ni rumit sikit. Silap-silap masa ni korang buat kerja sambil merungut dan salahkan orang yang mencipta lemang nih kerana menyusahkan korang...ni la sebab aku suka guna daun pisang yang muda, daun ni lembut mudah di gulung untuk kita masukkan dalam buluh. Bawah ni ada gambar cemana cara nak buat. Senang jer sebenarnya.
Potong daun ikut saiz buluh ye.. |
Gulung daun pisang pada pelepah pisang yang dibelah dua |
Masukkan gulungan daun pisang |
Lepaskan gulungan tadi kedalam buluh..settle! |
Bila dah setle masukkan daun tu, korang pi la parut kelapa, kalau boleh jangan guna santan beli..diorang campur air banyak sangat. Nanti kurang lemak dan kurang sedap! Dah siap perah kelapa tu maksima dua kali perah dan dapatkan satu cerik besor santan dari perahan 15 biji kelapa tadi. Pandai pandai korang la nak ejas cemana. Kemudian campurkan satu senduk garam kasar ke dalam santan. Jangan guna garam halus, terlebih masin nanti boleh jadi pahit. Kalau garam kasar insyaallah tidak akan pahit.
Ok, dah sudah tu korang amik pulut yang direndam tadi...tus kan airnya, dan isi pulut ke dalam buluh yang dah dilapik daun pisang tadi...ops! Jangan isi sampai penuh sangat ye..tinggalkan dalam tiga inci dari mulut buluh. Kalau penuh sangat nanti bila mendidih lemak santan akan terkeluar..rugi! Ada setengah orang cakap kalau buluh tu dilangkah, nanti santan tu akan terkeluar..tapi aku lagi suka guna logik akal...dah isi pulut penuh sangat. ..bila santan mendidih, kompom la terkeluar kan....wallahualam!
Buluh lemang yang telah siap di isi pulut dan santan |
Selesai isi pulut dalam buluh tu korang bolehlah masuk buluh tu dalam periuk besar macam dalam gambar bawah ni. sebelum ni aku guna tin biskut yang besar tu, tapi sekarang untuk lebih mudah, aku guna periuk yang aku tempah masa ada operasi kat kelantan 2011 dulu. So, sah-sah la korang tak ada periuk ni kan...jangan susah hati..guna cara konvesional...ambil 2 tin biskut yang besar tu potong bahagian penutupnya, satu untuk periuk dan amik satu lagi untuk bahagian penutup. Jangan jadi kawan aku...ada ke dia cakap "aku dulu guna tong drum...." nampak sangat nak ngencing aku....bedaah bebeno! Agak agak la weiii. ...
Siap sedia untuk di masak |
Ok, selesai tu korang bolehlah tuang santan tadi ke dalam buluh sampai pulut tu tenggelam. Jangan lupa kacau dulu santan tu sebab garamnya dah mendap ke bahagian bawah tu...boh sekilo garam pun, lemang korang tetap tawar kalau gitu.
Dah sudah tu, korang isi air sampai setengah periuk, tutup periuk dan biarkan lebih kurang 2 jam. Sesekali korang bukak le periuk tu, check tengok airnya...kalau kurang, tambah la. Pulut dalam buluh tadi akan masak secara kukus atau steam.
Bila agak2 dah dua jam atau lebih, korang keluarkan lemang tu dan terus bakar kat bara api macam kat bawah ni. Proses ni adalah bagi mengeringkan lemang dan memberi aroma lemang bakar. Jangan bakar lama sangat! Setengah jam pon dah cukup..pulut dh masak tu cuma kita nak keringkan ajer...sambil tu korang pusing pusing le lemang tu bagi sekata.
Lemang disalai pada bara api untuk mengeringkan santan dan buluh.
|
Siap untuk dibelasah. |
Selesai la proses membuat lemang mudah tapi rasanya insyaallah sempurna sebagai lemang! Cicah dengan sambal goreng jawa atau rendang ayam pencen.... Selamat mencuba mengkome!
p/s: Gambar bonus Menantu rock dan bapak mertua di pagi raya (anak aku cakap, ayah mcm bad boy tengah gaduh ngan tok wan! Hahaha! )